Friday, December 25, 2009

maafkan diriku yang lemah ni

asslamualaikummm..pekaba??sehat dop?
huhuh..saya disini menrima banyak rngutan atas ketidakupdatetan blog saya ni..maaf yang amat sangat kerana masa dan suasana yang tak megizinkan. dari keluarga hinggalah ke sahabat-sahabt..hahah...

" dah la tulis pendek2,apa kes bro"
seorang abang aku yang jenis pelik sket,jenis suam2 air suam. Aku membalas dengan senyuman yang memukau(??)

"hahahah...da la copy and paste.Amek dari member aku lagik!!wei update la deras wei!!" rintihan sahabat aku yang benama Shibe,budak paling bising dan memang mnjadi pencria suasana.Apabila kami bosan,Shibe memainkan peranan yang penting dalam menangani situasi kering sebelum2 ini..
(Shibe baek dah la hebat<---ayat2 menyelamatkan diri)

Saya ni masih baru dalam menulis,seblum ni pon sebnarnya malas nak tulis...suka baca je.yang paling dibaco sokmo adalh www.ibnuhasyim,blogspot.com.Best bangat seyyhh..tp bnyak lagi cam www.episodeperjuangan.blogspot etc.Insya Allah, ssaya akan srius sket dalam penulisan blog untuk tujuan2 yang bermanfaat kepada semua. Cuma keutamaan tak reti diuruskan...Kalau sentiaa update tapi kalu x memberi manfaat kepada ummat,xdok guna gakkk..ni keluhan hatii..hehe

kat umah xdok internet,lagi susah nak update...

insya allah lepas ni da x copy n paste..janji..tgok keadaan n msa...insya Allah semoga usaha ini dipandang oleh Tuhan Yang Maha melihat dengan pandangan ksih sygNya..Aminn..

Sekian,assalamualaikummm=)

Thursday, November 19, 2009

Ayat best lagi..haha


kata hukama': "Jika mahu membunuh tanaman,
racunlah akarnya,
jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka


Assalamualaikum wbt.
Menagapa kita perlu blajar sejarah??
Adakah ia hanya sekadar mendapat A1 time spm?
apa kesaan sejarah ni terhadap kita?
dan APAKAH tindakan susulan
kita drpd setiap sjarah y dipelajari?
Faham akan maksud ayat di atas??
apakah kita sudah berada di tahap yang selesa?
fikir2kanlahh..(",)v

p/s; sejak baru2 ni,suka sangat amek ayat2 best.semoga bermanfaat=)

Wednesday, November 4, 2009

FINAL EXAM~!!..PERSEDIAAN??


TO CHANGE YESTERDAY IS TOO LATE

TO CHANGE TOMOROW IS UNCERTAIN
but

TO CHANGE TODAY IS POSSIBLE!!


so let's change by today,
bcoz today is yours,
yesterday is history
and tomorow is still unknown

“Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Akhir, maka hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam.”

huhu..semangat che!!!! all da best to all my frenss JAN08!! GOOD LUCK!!ALLHUAKBAR!!!
p/s kredit to abang ZAMAN=)

Tuesday, November 3, 2009

Dunia, dunia dunia oh dunia..


"Jangaanlah menangis kerana dunia,kerana dunia itu terlalulah hina untuk ditangisi.."

Mengapa manusia lebih suka mengejar dunia berbanding akhirat?Mereka lebih suka menjejakkan kaki ke konsert dripada beriktikaf di masjid?Dunia ni amatlah hina disisi Allah swt. Manusia lebih mengutamakan kebahagian berbentuk material dan pada zahirnya mereka ni menganggap dunia adalah segala2nya. Tahap kerosakan akhalak msyarakat meningkat selari dengan kemajuan dunia.DIMANA SILAPNYA?? Setiap hari mereka mengisi masa mereka dengan perkara dunia. Mengapa begitu? Di sini saya meninggalkan persoalan kepada semua pembaca, supaya kita sama2 mngambil ibrah dan BERTINDAK. Satu kata kunci yang dapat saya kongsi adalah, DUNIA ADALAH LADANG AKHIRAT.Jika baik tanamannya,maka baiklah hasilnya. Jika buruk tanamannya,maka...fikir2lah ek.

assalamualaikum,salam blogger..(cam biasa,malas nak update sangat.huhuh)


Riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana, bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu, bagaikan orang-orang yang hendak makan, mengerumuni talam hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan" Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN BENCIKAN MATI"

Thursday, October 1, 2009

aku suka ayat ni.tapi mampukah aku??

" Kalau sekiranya kamu percaya pada hari akhirat, cuba kamu tanam dalam hati kamu perasaan cinta untuk mati "


ayat ni sy dapat time bace satu akhbar tempatan,mengenai kisah seorang tabien,,nak tau?jwapan nye ,banyakkan mebaca shbat2ku..

ringkas dari saya.wsalam=)



sama2 mndoakan rahmat dari Allah swt..

Friday, August 21, 2009

cinta??(sambungan)

salam.
sebnarnya post sebelum ni ialah puisi yang diambil dri Filem KCB.
setiap kata-kata ini bukannya berdasarkan cinta remaja skrag ini. tkut ada org salah faham lakk..

Saja nak mengiklan filem KCB,hehe. TApi memang sayang, x keluar lagi kat Malaysia?Kenape ek?
Bob dari awal lagi da bising nk tengok filem ni..sabar bob ek..Zahin pon saorg lagi.

huhu,ringkas dari saya.
salam

Tuesday, August 18, 2009

cinta??


Cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri menjadi mawar
mengubah cuka jadi anggur

Mengubah sedih jadi riang
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah musibah jadi muhibbah
Itulah Cinta...

Sekalipun cinta telah ku uraikan
dan kujelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku
Sendiri..

Meskipun lidahku telah mampu
menguraikan,
Namun tanpa lidah,
Cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu
tergesa-gesa menuliskannya...

Kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta...
Dalam menguraikan cinta,
Akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring,
dalam lumpur

Cinta sendirilah yang
menerangkan cinta..
dan percintaan....



kredit to bob.ehehhe=)

Wednesday, August 5, 2009

lelaki hensem VS lelaki tak hensem..(haha)


APAKAH??!!!(time muda dlu,silat katakan)

Assalamualaikum lama menyepi..
hehe..kebelakangan ni memang takder masa nak menaip wlaupun copy and paste (CnP).
btw saya ada satu artikel yang best,tapi sebelum tu nak mintak maaf banyak- banyak jika ada yang terasa..Ampun pak=)
Ni tiada kaitan hidup ngan mati, hanya sekadar halwa hati(betol ke peribahsa ni??)
Akhir kata, selamat membaca (cam biasa,CnP)..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
From: Norimah Bte Sapri [mailto:norimahs@ges.com.my]
Sent: Sat, August 20, 2005 11:50 AM
Subject: lelaki ensem vs lelaki tak ensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


heheheheh...


Allahurobbi,sekdar halwa hati(??)

Saturday, July 18, 2009

Gambar ini HINA Islam..Apa kita boleh buat??







PIHAK kami cuma panjangkan dari web http://budakkampungonline.blogspot.com/..
Katanya...

"Islam difitnah, dihina dan dilekehkan? Banyak halaman-halaman di internet yang isinya sarat dengan fitnah, perlekehan Islam, penggunaan ayat Al Qur’an sebagai tatoo dan juga permainan isu pribadi Rasulullah SAW. Sebagai umat Islam, wajar sekali kita merasa sedih dan marah dengan keadaan seperti ini. Di sebalik isu ini perlulah difikirkan adakah mereka ini takut dengan kebangkitan Islam sehingga sanggup melabelkan Islam sebagai penjenayah? "

Sumber diambil secara direct dari http://www.ibnuhasyim.com/2009/07/gambar-ini-hina-islam-apa-boleh-kita.html (blog ni best,cam surat khabar jer.update sokmo dekpon)

Ulasan Che Bu : Waduh,sakit sekali hati guwe melihat perkara ini terjadi. Jadi apa peranan kita sebagai seorang muslim, nak-nak lagi mahasiswa Islam? Apa sumbangan kita terhadap Islam? Masih lagi di buai arus duniawi?Fikir-fikirkanlah..Umat Islam diserang dari semua sudut, kita sebagai umat harus bangkit!!Tepuk dada tanya iman.

salam lebaran awal semester.hehe














Tengah memikirkan stretegi semester depan.JANGAN MALAS!!


salam alaik.
pekabor sahabat2?
Secara seriusnya,saya tak dapat nak memblog lagi untuk sem ni.
Mungkin ingin menumpukan perkara-perkara yang lebih aula(penting) lagi.
amanah,tanggungjawab,dan banayak lagi.

Kerana sekali saya post blog,ambil masa sejam keatas.
Biasa la,baru nak belajar blogging

Dalam fikiran ni, banyak sangat idea yang saya nak dituliskan dan kongsi bersama.
Tapi Insya Allah jika ada masa,ruang dan peluang,saya akan cuba untuk memberi pengisian hehe.

Dalam semester ni,mungkin saya akan cuba penuhi blog saya dengan artikel-artikel yang best
dalam laptop saya ni.
banyak sangat artikel yang boleh dikongsi nie,saya pun tak baca sangat.
mungkin ni satu usaha bagi saya untuk membaca semua artikel yang ada dalam laptop saya ni.heheh.

maknanya copy and paste la ni.dan edit sket-sket.
pastu ada huraian dan ulasan.
Ringkas dari saya,sama mendoakan=)


wassalam.

“Wahai orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui” (Surah AS-Saff: ayat10-11)

Monday, July 13, 2009

TERKEJUT SEKEJAP~!

BUKAN MAIN HAPPY BINATANG-BINATANG NI?TAKDER ASSIGNMENT KE??

Ketika saya tengok-tengok balik message lama-lama (hobi kumpul message best-best,pastuh penuh memory hanset) kat handset, ada satu message yang betul-betul membuat diriku terpikir sejenak. Ku hayati apa yang dipaparkan kat handset tu.(Btw dah tak ingat sape yang hantar.haha)

"Keyakinan kepada Allah
adalah

ibarat air kedamaian
yang tak pernah kering
menjadikan seorang muslim

tetap TEGAR

disaat orang lain keguguran dan
tetap TENANG
disaat orang lain ketakutan.

Biar REBAH jangan BERUBAH,
biar terbuang terus BERJUANG.
Ujian adalah tarbiyyah dari Allah,

semakin DEKAT kita kepada-Nya,
semakin hebat TAUFAN melanda.

SEMALAM ADALAH KENANGAN,
HARI INI ADALAH PELUANG,
ESOK ADALAH PELUANG."


Message ni memang memberi impak yang besar kepada si pembaca. Sesiapa yang dapat menghayati message ni memang betul-betul mengunakan mata hati, bukan mata kat luar ni.
Sebenarnya banyak lagi message-message yang dapat membangkitkan semangat ni, tapi wat masa ni yang ni best. Hehe. Nanti apa-apa, kita share mana yang best ek. Sharing is caring kan? Semoga bermanfaat=)

YA ALLAH CUTENYE BUDAK NI!(ADA KAITAN DENGAN POST NI?ADA2)

......jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.(Yusuf ,12:87)

IBADAH ITU CINTA


maaf skadar copy dan paste..smoga bermanfaat

Ibadah Itu Cinta

www.iLuvislam.com

oleh: Azree Hanifiah *




“Azree, boleh kamu berikan maksud ibadah?” Soal ustazah saya.

“Erm.. Taat dan patuh kepada Allah, ustazah.” Itulah jawapan yang saya berikan semasa masih berada di bangku sekolah dahulu. Jawapan yang dihafal. Jawapan skema.

Pernah dulu saya dengar seorang penceramah mengatakan, “Kebanyakkan mualaf, iman mereka tetap kerana mereka cuba mencari maksud sebenar Islam itu. Sehinggalah mereka betul-betul yakin yang Islam itu benar. Tapi, berbeza dengan kita yang sedari lahir memang sudah Islam.”

Sewaktu mendengar kata-kata itu saya buat tidak kisah sahaja, mungkin kerana sudah terbiasa mendengarnya. Tetapi beberapa bulan lepas kata-kata itu seakan menyerang benak kepala.

Berdengung. Sehingga timbul pelbagai persoalan. Saya tertanya kenapa saya ini Islam? Kenapa saya kena melakukan ibadah itu ibadah ini? Tetapi saya senyapkan sahaja keadaan diri saya ketika itu.

Takut ada orang kata saya menghampiri murtad. Saya sendiri takut bila persoalan itu datang menyerang. Saya cuba membaca beberapa buah buku termasuk buku Fathi Yakan tetapi jawapannya tidak memuaskan hati saya.

Lantas saya buang soalan pertama itu dahulu. Takut benar kalau saya terlalu menumpu kepada soalan itu akan membuatkan saya murtad. Jadi, saya terus tumpu kepada persoalan kedua iaitu kenapa saya perlu beribadah.

Ibadah, taat dan patuh?

Orang kata ibadah itu taat dan patuh. Saya tiba-tiba mempersoalkannya. Kenapa perlu taat dan kenapa perlu patuh kalau tiada sebab? Apa sebabnya sampai saya kena solat, kena berdoa?

Bila saya tanyakan kepada orang lain jawapannya, “Ler.. Kau kena solat semua tu sebab perkara itu wajiblah.”

“Kenapa pula wajib?” Soal saya balik. Dan kawan itu terus terdiam.

“Dah ibadah wajib, jadi wajiblah!”

Dan yang pasti jawapan itu tidak memuaskan hati saya saat itu. Saya bukanlah jenis orang yang menerima jawapan daripada seseorang dan terus menghafal. Itu dinamakan penghafal dan bukannya pelajar.

Kita sering mengatakan ibadah itu adalah taat dan patuh tetapi tidak berapa mengendahkan apa itu taat dan apa itu patuh.

Ibadah adalah Cinta



Akhirnya saya terbaca satu petikan daripada tulisan Ibnu Qayyim. Maksud yang beliau berikan terlalu mudah. Ibadah itu adalah cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Membaca maksud ibadah yang diberikan oleh Ibnu Qayyim membuatkan saya berfikir panjang. Ibadah adalah cinta? Berkasih-kasihan dengan Tuhan?

Pernahkah terdetik dalam hati anda rasa cinta kepada orang lain? Bagi sesiapa yang pernah, mereka tentu faham bagaimana keadaannya.

Hurm. Sampaikan kita sanggup buat apa sahaja. Setiap saat asyik teringat tentang si dia. Apa yang dia larang, kita cuba sebaik mungkin untuk tidak melanggarinya. Dan apa yang dia pinta, selagi boleh kita cuba usahakan untuk dapatkannya.

Sehinggakan kalau ada orang lain cuba menunjukkan sedikit kemesraan kepada si dia, kita sudah berasa terlalu cemburu. Lantas kita cuba memberikan yang lebih baik lagi.

Jadi, itulah yang dimaksudkan oleh Ibnu Qayyim tentang maksud ibadah. Ibadah adalah cinta. Kalau cinta kepada manusia kita sudah menjadi terlalu gila seperti itu, sepatutnya cinta yang seperti itu kita sandarkan kepada Tuhan.

Apa yang membuatkan saya berfikir panjang ketika itu adalah kerana saat itu saya sedang mencintai seseorang. Membaca ayat-ayat Ibnu Qayyim membuatkan saya sedar kecintaan saya itu telah melebihi rasa cinta kepada Tuhan.

Cinta mana yang lebih utama


Memang ada orang kata rasa cinta sesama manusia itu tidak salah. Tetapi cuba kita tanya diri kita sendiri adakah rasa cinta kita itu melebihi rasa cinta kepada Tuhan.

Kalau rasakan diri sudah tidak terkawal lagi dan tidak tahu bagaiman ingin menurunkan rasa cinta itu, saranan saya hanya dua iaitu tinggalkan sahaja si dia atau kahwin terus. Apa salahnya, anda dengan dia masih lagi belum berkahwin.

Bagi yang rasa hendak kahwin lagi 2 tahun, tinggalkan dahulu si dia jika hati rasa perasaan cinta itu lebih banyak kepada si dia berbanding kepada Tuhan. Hurm. Sekarang yang mana satu menjadi keutamaan anda? Fikir-fikirkanlah.

Ibadah adalah cinta. Dan itulah yang pasti. Kalau anda lebih mencintai si dia melebihi rasa cinta kepada Tuhan, itu bermakna anda melakukan ibadah kepada sesuatu yang lain. Bukannya ibadah kepada Tuhan.

Erm. Kalau ibadah kita sudah terarah kepada sesuatu yang lain, apa maksudnya?

Saudaraku, anda berhak membangun puluhan istana di muka bumi. Asalkan anda tidak lupa memperkukuh mahligai cinta kepada yang paling berhak.

Saya letakkan sekali satu lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Indonesia, Gradasi.


Di saat cinta menyemai rasa di jiwa
Menghiasi hidup indah kan masa
Luluhkan dengki menghapuskan benci
Kala cahaya-Nya
Membuka mata yang terlena
Sedarkan dari nafsu akan dunia
Rasa yang fana dan maya semata
Kan ku ungkap rasa yang terindah
Tentang berkembangnya cinta
Yang semerbak wangi dalam jiwa
Yang kekal abadi selamaya

Hanyalah untuk Allah
Kan kupersembahkan
Cinta tertinggi dan termurni
Yang tumbuh dalam nurani
Hanyalah untuk Alloh
Kan
kusandarkan

Segala pengharapan dan doa
Beri daku cahaya-Mu
Hanya Pada Allah kusandarkan
Hanya Pada Allah kudoakan
Hanya Pada Allah kuharapkan

Dan tentang persoalan yang bermain di benak saya itu, saya masih lagi belum dapat menjawabnya hingga saat ini. Didiamkan tetapi muncul kembali beberapa minggu yang lepas. Menyerang-nyerang.

Tetapi bagi saya, teruskan diri mencari apa yang dirasakan benar. Jangan hanya asyik mendengar dan mengikut apa yang orang lain kata tanpa memahaminya.

Saturday, July 11, 2009

CERIA SELALU

Tomelnya binatang-binatang ini!!!!


"awak kena ceria sokmo"

"ceria?"

"Kalu ceria sokmo, baru senang problem tu nak hilang. Kalu ada problem banyak mana skali pun, sambutlah semua ini dengan senyuman. Tenang selalu, ingatAllah slalu. Biasa ea ftrah manusia,tak lari dari masalah"


Nasihat Putera Shahrul Amry bin Ali kepada Aqasha Ahmad bin Kamil yang dilanda resah gelisah kerana masalah.. (ada laaa) dalam kelas mereka ,6 Mawar.....

Ya,manusia memang tak lari dari masalah. Sememangya kita boleh senaraikan banyak mana problem kita cam masalah member kecek nyekik (tanyo budok kelate.haha), masalah result,p perut sakit, accident dan banyak lagi. Dan kita juga boleh kategori sebagai problem kecik dan problem besar.
Tapi persoalannya sejauh manakah kita dapat tahan ngan semua ini?

Ada segelintir manusia yang tak tahan dengan masalah-masalah yang mereka hadapi terus berputus asa rahmat Allah sehingga menyebabkan masalah seterusnya terjadi seperti pergaduhan, tak nak bercampur dengan kawan-kawan, migrain dan ada kes sampai amek dadahdan bunuh diri.nauzubillah.

Alhurabbi,tak nama manusia laa kalau dia hidup senang tanpa dugaan.

Pembaca-pembaca sekalian.
Semua masalah ini merupakan ujian,dugaan dan cabaran yang Allah swt kurniakan. Hal ini mesti perlu kita pahat dalam hati, dan sentiasa ingat.

"Aduh, result aku jatuh lagi.raso nak nangis.isk2. tapi takper,mungkin ni semua ni peringatan Allah kat aku yang hanyut ngan maksiat dan. Dia suruh kita check balik amalan kita dan muhasabah diri. Alhamdulllah, syukur! Yang pasti aku kena atur strategi untuk lepas ni.malam ni solat taubat.insyallah jatuh sekali bukan bukan bermakna jatuh buat selama-lamanya. Rezeki Allah tu luas ya akhi.yang pasti kuatkan pergantungan kita kepada Allah dan usaha." Megat Jalaluddin Hassan Nazreen bin Abu ber'monolog dalaman' ketika melihat resultnya di internet.

MINDSET INILAH YANG KITA MAHU SELAMA INI.MINDSET INI PERLU DIBAJA DAN DISUBURI.TAK BERPUTUS ASA! MALAHAN DENGAN DUGAAN CABARAN INI MENYEBABKAN HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH MAKIN ERAT DAN KUATKAN PERGANTUNGAN KITA KEPADA-NYA.ITULAH YANG DIKATAKAN HAMBA ALLAH YANG BERIMAN!

Kita dapat lihat sirah nabawiyyah dimana semua nabi Allah swt diuji dengan DUGAAN dan KESENGSARAAN..Kita dapat lihat Seperti mana kesengsaraan yang di hadapi ketika Rasulullah swt ketika awal penyebaran Islam itu sendiri. Baginda sentiasa berdoa kepada Allah swt atas apa yang dihadapinya.Semakin banyak cabaran,semakin kuat pergantungan kita kepada Allah swt. Bagaimana pula dengan kita?

Muhasabah diri,itulah jalan yang terbaik.

Jadi, apa pula kaitan dengan tajuk post di atas?

Hehe..Cerialah selalu. janganlah stres. Terimalah dengan hati terbuka dismping ikhtiar berpandukan munajat Illahi.Ini salah satu cara terbaik apabila menghadapi masalah.tenang hati ingat allah usaha tawakal pikir jalan keluar bla2.

Akhir kata,senyum sokmo=)

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.13;28


p/s: rasa-rasanya kamu semua dah faham kan?hehe

Thursday, July 2, 2009

BERANI DELETE AKAUN FACEBOOK?HAHA

Assalamualaikum.

Saper yang ada akaun facebook?Dan siapa yang berani delete akaun tu?
Disini saya nak bagitau yang Facebook tu produk Yahudi!!Memang ramai yang tak tau benda ni,jadi baek dibagitau awal-awal.Kepada orang Islam,terutamanya ORANG-ORANG YANG BERIMAN,marilah kita sama-sama menjauhkan diri kita dengan benda ni,demi orang-orang Islam khususnya di Gaza sekarang ni.Patut la kenapa saya rasa tak seronok main Fb.Tengok member-member bukan main ketagih lagi main benda alah ni.

Jom Delete Akaun FACEBOOK!!

FAkta-fakta mengenai FB(copy paste,fakta kan.huhu)

Tahukah anda!!!Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda!!! bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York? Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda!!! bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion. Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?

Wah,bukan main happy lagi tayang bendera ni?Laknatullah Israel!



Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .


Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Hmm..Camne?Kita sebagai orang Islam harus peka dengan benda-benda ni.Orang yahudi zionis menyerang kita belakang,depan ,kiri dan kanan.Semua ni hanya direka untuk melalaikan umat Islam.Al Ghozwul Fikr,serangan pemikiran keatas mentaliti kita selama ini.


Apa-apapun,marilah kita sama-sama muhasabah diri.Wallau'alam.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.Al Baqarah:216


ref:http://akusujud.blogspot.com/2009/06/facebookyahudi-punya.html

Wednesday, June 24, 2009

7 AYAT CINTA


Sabda Rasulullah SAW: barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
amin..

p/s copy n paste..amal2=)

Tuesday, June 23, 2009

CELAKA BINATANG BERTOPENGKAN MANUSIA!!



Astgfirullah..!!!!Sabar che bu,sabarrr..Topik yang memang kasar bunyinya nieh!
Bukan apa,memang geram ngan perangai dan telatah manusia sekarang ni.Semakin lama semakin runtuh nilai moralnya.Dua gambar di atas jelas menunjukkan tahap moraliti sesetangah manusia yang rakus,jadi apa komen??

Gambar pertama adalah kes pembantu rumah islam dari Indonesia,Siti Hajar berumur 33tahun didera dengan kejam kejam dengan muka dan badannya penuh kesan melecur, berkudis, bernanah serta luka dipercayai akibat disimbah air panas oleh majikannya,dan dia berjaya menyelamatkan diri..**Kisahnya bukan sekadar penderaan fizikal dan mental tetapi, beliau juga telah dinafikan hak untuk mendapat layanan sebagai seorang Islam dengan dipaksa memakan nasi kosong berlaukkan daging babi.Kisah seperti ini sudah lama diperkatakan. Terdapat segelintir majikan yang tidak bertanggungjawab telah melayani Pembantu Rumah mereka seperti hamba abdi.Mereka tidak dibenarkan solat, puasa, dipaksa memakan babi dan diberikan bebanan kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang diberi. Dalam kes Siti ini, majikkannya turut mengakui bahawa beliau tidak pernah membayar gajinya sejak tiga tahun lalu**.

Kasihan kepada pembantu rumah ni,tergamak majikan dia wat camtu ek.

Dan gambar kedua semua orang sedia maklum,mangsa along digari kat tekak tangan seperti binatang peliharaan.Dengan ada lokap sendiri,ah long2 ni kurung mangsa dorang cam .Memang kejam ah long ni,ingat dorang sapa ha?!!

Tu pun belum masuk nagn kes ragut,buang bayi,rogol yang semakin hari semakin meningkat.

Adakah dengan meningkatnya tahap teknologi,semakin bertamadun kita??Adoi,memang semakin lama semakin tak bertamadun manusia sekarang.Adakah mereka dikurniakan akal?Ada akal tapi tak guna dengan betul?

Jadi apa peranan kita dalam hal ni,terutumanya mahasiswa?

Amat sedih sekali mahasiswa itu tidak cakna LANGSUNG akan keadaan semasa bahkan masih hanyut dibuai dengan keseronokan dunia
.

Kita kena tahu bahwa dunia inilah tempat kita nak menggembleng hasil kita kelak di akhirat,ingat bahwa kampung halaman kita yang sebenar adalah di syurga.Tapi nak pergi kena bawa bekal,kang tak sampai dan berenti tengah jalan,selama-lamaya.Mungkin dah nak kiamat,hanya Allah sahaja yang tau.
Ayuh,kita usahakan.Ambil peranan masing-masing,tapi bagaimana yea?Fikir-fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku.Banyak persoalan yang saya tinggalakan tu.ok??tepuk dada ,tanya IMAN

p/s 1)Keadaan kita sebenarnya dalam keadaan kritikal.
2)MAaf bahasa kasar,apa-apa nasihat saya terima dengan hati terbuka.Kalau boleh jumpa saya terus,boleh elak miscom=)

**cut n paste n olah sket-sket dari blog Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.hehe=)
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/06/hentikan-penderaan.html
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.711.2

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). MEREKA ITU SEBAGAI BINATANG TERNAK, bahkan mereka LEBIH SESAT LAGI. Mereka itulah orang-orang yang lalai.Al A'raaf 179

Monday, June 22, 2009

SEDIKIT ANALISIS RINGKAS MENGENAI FILEM KETIKA CINTA BERTASBIH


assalmualaikum sahabt2ku
.subhanallah ~!

inilah yang dikatakan KESENIAN ISLAM,menunjukkan peranan movie dalam dakwah..figh dakwah yang jelas..
jika kita lihat keadaan dan suasana sekarang,muda-mudi sememangya dalam kemaruk cinta dan juga movie..semoga sahabat2 kita** terbuka hidayah selepas menonton KCB ini=)Memang kena ngan waqi'


Then bila ek nak kuar kat malaysia??


Btw,selain itu ana dapat pengajaran lpas bace novel adalah KETABAHAN DAN KECEKALAN..kalu kita tgok2 ea balik,org indonesia ni mmg kuat bekrja dan tabah.tgok la watak azzam n fahri dalam novel,mmang dorg tak putus asa dalam kehidupan dorg.yang pasti pergantungan kepada Allah swt.Itu yang penting..then ustaz bhasa arab ana ,ustaz GEMA hadi dari indonsesia menceritakan mencerita bgaimana perjalann hidup dia time kelas..subhannallah,mmang sejibik ngan azzam n fahri,malahan lebih banyak mehnah dan tribulasi...panjang ceritanya...ana ley wat hipotesis yang mentaliti orang indonesia ni mmang tabah dan cekal.tak tau conclusion dia gano..

orang malysia bagaimana?

hehe..jadi ambil sumer hikmah yang ada dalam novel n movie KCB ni..jangan tgok dari aspek cinta jer=)


Selamat menonton KCB..wallahualam.



p/s;
1)da tegok citer KUN FAYAKUn dan SANG mUROBBI??best gak=)
2)tengok trailer full KCB http://www.youtube.com/watch?v=GKB09O8Pv_Q&eurl=http%3A%2F%2Fhatikusuriakemboja.blogspot.com%2F2009%2F06%2Fsyurga-cinta-vs-ketika-cinta-bertasbih.html&feature=player_embedded


**Pada saya,kapel remaja skarang ini xleh ditakrifkan ngan cinta kerana cinta itu adalah MILIK ALLAH dan ianya adalah SUCI.sedangkan kapel remaja sekarang itu tidaklah dikira dengadengan CINTA tetapi SYAHWAT SEMATA2.ye,menyukai seseorang itu adalah ftrah tapi plaksanaan itu perlulah pada tempatnya tidak melanggari syarak=)

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat ~Hamka

dan ini

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~Hamka

HAMKA, Haji Abdul Malik Karim Amrullah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Che Muhammahd Bukhari b Che Mohd Razali
Tahun Pertama Semester Pertama,
Kejuruteraan Kimia,
Uni Tek Petronas.

che_boo182[at]y.c
cheboo182[at]gmail.c
chematahari.blogspot.com

Friday, June 19, 2009

RUKUN AGAMA??




asslaamualaikumm...

mmang da lama tak menulis blog nie.banyak amanah yang dapat wat masa ni..ni pun curi-curi menaip..haha.saje nak release tension.
merujuk kepada tajuk kt atas tu,memang kita patut mengetahui rukun ni.pernah dengar tak?hohoh..sebenarnya rukun ni memang kita semua tahu,cuma kita tak pernah ambil cakna dan hayati..ni semua pasal serangan pemikiran dari dakyah yahudi dari musuh-musuh Allah ni..


Apa yang dikatakan rukun agama itu??rukun ni saya dapat sewaktu mendengar kuliah magrib kat satu surau di putrajaya(presint 8 x silap,pergi jalan-jalan rumah abang),ada sorang ustaz yang fakih dalam bab agama.ia mengingatkan kita supaya KITA WAJIB MENGETAHUI RUKUN NI,DAN SENTIASA IMPLEMENTASIKAN DALAM KEHIDUPAN KITA SEBAGAI MUSLIM,iaitu:

RUKUN ISLAM
RUKUN IMAN
RUKUN EHSAN



mari kita selami sirah rasulullah saw:

Ketika Rasulullah saw sedang duduk dalam
sebuah masjid bersama sahanbat-sahabat maka datanglah seorang lelaki
dan bertanya kepada
baginda.Sahabat-shabat kehairanan kerana tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ini

"Wahai Muhammad katakanlah
kepadaku tentang Islam maka

Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud :-

“Islam ialah engkau menyaksikan bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah, dan sesungguhnya Nabi
Muhammad Pesuruh Allah dan engkau mendirikan
sembahyang dan menunaikan zakat serta
berpuasa pada bulan Ramadhan dan
mengerjakan Haji di Baitullah bagi yang mampu.

"Benar apa yang engkau kata. Beritahu aku
tentang Iman,"

Rasulullah saw menjawab
Maksudnya : Iman ialah percaya kepada Allah dan
Malaikat-MalaikatNya dan Kitab-KitabNya dan
Rasul-RasulNya dan hari akhirat dan engkau
percaya kepada takdir (yang ditentukan oleh Allah)
baik dan buruk.

"Benar apa yang engkau kata. Beritahu aku
tentang ihsan,"

Rasulullah saw menjawab:
"ihsan ialah mengakui bahawa engkau menyembah Allah
seakan-akan engkau melihatnya, maka jika
engkau tidak melihatnya sesungguhnya Allah
melihat engkau”.


Selepas bertanyakan beberapa soalan, lelaki itupun beredar dan hilang dalam pandangan,sahabat-sahabat terus bertanya kepada Rasulullah,
"Ya Rasulullah,siapakah lelaki itu?"

Rasulullahpun menjawab,"Dialah malaikat Jibrail."

hurmmm..memang jelas kita wajib mngetahui 3 rukun ini dan disematkan dalam sanubari
kita sebagai muslim sejati.ingat islam iman ehsan.saya akhiri kalam saya ngan satu persoalan buat pembaca(nak gi sambung wat kerja)

"adakah aku ini islam ataupun ISLAM?"



renung-renungkanlah sahabat-sahabat=)

Tuesday, May 26, 2009

Enam Pertanyaan Imam Ghazali


assalamualaikumm..tak sempat nak menaip..tapi insya allah mari kita amek manfaat dari kisah Imam Al Ghazali nie..


Enam Pertanyaan Imam Ghazali

www.iluvislam.com

oleh: wardah_afifah


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab

:"Orang tua, guru, kawan dan sahabat".


Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah

'MATI'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.




KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh

daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab

:" negara China, bulan, matahari dan bintang".


Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah '

MASA LALU'.

Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.




KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini

lalu muridnya menjawab:

" Gunung, bumi, matahari".


Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah '

NAFSU'.

Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179




KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia

lalu muridnya menjawab

:" besi, gajah".


Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'MENANGGUNG AMANAH'.

Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.




KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia

lalu muridnya menjawab :

" Kapas, angin, debu dan awan".


Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah

'MENINGGALKAN SEMBAHYANG

' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.




KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia

lalu muridnya menjawab:

''Pedang".


Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah

'LIDAH MANUSIA'

di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.