Saturday, October 16, 2010

Virus-Virus Ukhwah - Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah


"Di antara bukti ketulusan cinta, etika dan hak ukhuwah adalah memberi nasihat kepada saudaramu apabila ia melakukan kemungkaran, maksiat atau kesalahan, dengan tujuan agar kembali kepada kebenaran sekaligus terhindar dari ancaman kemurkaan dan siksa Allah Subhanahu wa Ta'ala. Namun demikian, nasihat tidak boleh dilakukan secara terbuka di tengah tengah keramaian manusia, kecuali jika ada alasan yang mendesak, kerana semua orang sepakat bahawa nasihat di tengah keramaian sangat tidak disukai, semua orang tidak suka jika keburukan keburukannya dibuka di depan umum. Lebih dari itu, menasihati atau menyebut kesalahan seseorang di muka umum merupakan penyebab cepat pudarnya rasa cinta dan mudah menanam bibit-bibit permusuhan, kerana merasa dicemarkan dan dihina, juga dapat menimbulkan sifat keras kepala dan nafsu untuk membalas dendam."

"Jika anda sedang menasihati seorang sahabat, maka jangan mengejek kesalahannya, kerana mengejek suatu perbuatan dosa yang telah dilakukan, sama sekali bukan nasihat, melainkan suatu perbuatan hina dan merupakan perilaku orang yang tidak takut terjerumus dalam su'ul-khatimahi (keburukan pada akhir masa hidup). Perilaku ini dapat berakibat buruk bagi pelakunya. Sebuah pepatah klasik mengatakan: "Siapa menghina saudaranya kerana berbuat dosa, ia tidak akan mati kecuali setelah terjebak di dalam dosa yang sama."...

kredit kat senior guwe~