Saturday, July 18, 2009

Gambar ini HINA Islam..Apa kita boleh buat??







PIHAK kami cuma panjangkan dari web http://budakkampungonline.blogspot.com/..
Katanya...

"Islam difitnah, dihina dan dilekehkan? Banyak halaman-halaman di internet yang isinya sarat dengan fitnah, perlekehan Islam, penggunaan ayat Al Qur’an sebagai tatoo dan juga permainan isu pribadi Rasulullah SAW. Sebagai umat Islam, wajar sekali kita merasa sedih dan marah dengan keadaan seperti ini. Di sebalik isu ini perlulah difikirkan adakah mereka ini takut dengan kebangkitan Islam sehingga sanggup melabelkan Islam sebagai penjenayah? "

Sumber diambil secara direct dari http://www.ibnuhasyim.com/2009/07/gambar-ini-hina-islam-apa-boleh-kita.html (blog ni best,cam surat khabar jer.update sokmo dekpon)

Ulasan Che Bu : Waduh,sakit sekali hati guwe melihat perkara ini terjadi. Jadi apa peranan kita sebagai seorang muslim, nak-nak lagi mahasiswa Islam? Apa sumbangan kita terhadap Islam? Masih lagi di buai arus duniawi?Fikir-fikirkanlah..Umat Islam diserang dari semua sudut, kita sebagai umat harus bangkit!!Tepuk dada tanya iman.

salam lebaran awal semester.hehe














Tengah memikirkan stretegi semester depan.JANGAN MALAS!!


salam alaik.
pekabor sahabat2?
Secara seriusnya,saya tak dapat nak memblog lagi untuk sem ni.
Mungkin ingin menumpukan perkara-perkara yang lebih aula(penting) lagi.
amanah,tanggungjawab,dan banayak lagi.

Kerana sekali saya post blog,ambil masa sejam keatas.
Biasa la,baru nak belajar blogging

Dalam fikiran ni, banyak sangat idea yang saya nak dituliskan dan kongsi bersama.
Tapi Insya Allah jika ada masa,ruang dan peluang,saya akan cuba untuk memberi pengisian hehe.

Dalam semester ni,mungkin saya akan cuba penuhi blog saya dengan artikel-artikel yang best
dalam laptop saya ni.
banyak sangat artikel yang boleh dikongsi nie,saya pun tak baca sangat.
mungkin ni satu usaha bagi saya untuk membaca semua artikel yang ada dalam laptop saya ni.heheh.

maknanya copy and paste la ni.dan edit sket-sket.
pastu ada huraian dan ulasan.
Ringkas dari saya,sama mendoakan=)


wassalam.

“Wahai orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui” (Surah AS-Saff: ayat10-11)

Monday, July 13, 2009

TERKEJUT SEKEJAP~!

BUKAN MAIN HAPPY BINATANG-BINATANG NI?TAKDER ASSIGNMENT KE??

Ketika saya tengok-tengok balik message lama-lama (hobi kumpul message best-best,pastuh penuh memory hanset) kat handset, ada satu message yang betul-betul membuat diriku terpikir sejenak. Ku hayati apa yang dipaparkan kat handset tu.(Btw dah tak ingat sape yang hantar.haha)

"Keyakinan kepada Allah
adalah

ibarat air kedamaian
yang tak pernah kering
menjadikan seorang muslim

tetap TEGAR

disaat orang lain keguguran dan
tetap TENANG
disaat orang lain ketakutan.

Biar REBAH jangan BERUBAH,
biar terbuang terus BERJUANG.
Ujian adalah tarbiyyah dari Allah,

semakin DEKAT kita kepada-Nya,
semakin hebat TAUFAN melanda.

SEMALAM ADALAH KENANGAN,
HARI INI ADALAH PELUANG,
ESOK ADALAH PELUANG."


Message ni memang memberi impak yang besar kepada si pembaca. Sesiapa yang dapat menghayati message ni memang betul-betul mengunakan mata hati, bukan mata kat luar ni.
Sebenarnya banyak lagi message-message yang dapat membangkitkan semangat ni, tapi wat masa ni yang ni best. Hehe. Nanti apa-apa, kita share mana yang best ek. Sharing is caring kan? Semoga bermanfaat=)

YA ALLAH CUTENYE BUDAK NI!(ADA KAITAN DENGAN POST NI?ADA2)

......jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.(Yusuf ,12:87)

IBADAH ITU CINTA


maaf skadar copy dan paste..smoga bermanfaat

Ibadah Itu Cinta

www.iLuvislam.com

oleh: Azree Hanifiah *




“Azree, boleh kamu berikan maksud ibadah?” Soal ustazah saya.

“Erm.. Taat dan patuh kepada Allah, ustazah.” Itulah jawapan yang saya berikan semasa masih berada di bangku sekolah dahulu. Jawapan yang dihafal. Jawapan skema.

Pernah dulu saya dengar seorang penceramah mengatakan, “Kebanyakkan mualaf, iman mereka tetap kerana mereka cuba mencari maksud sebenar Islam itu. Sehinggalah mereka betul-betul yakin yang Islam itu benar. Tapi, berbeza dengan kita yang sedari lahir memang sudah Islam.”

Sewaktu mendengar kata-kata itu saya buat tidak kisah sahaja, mungkin kerana sudah terbiasa mendengarnya. Tetapi beberapa bulan lepas kata-kata itu seakan menyerang benak kepala.

Berdengung. Sehingga timbul pelbagai persoalan. Saya tertanya kenapa saya ini Islam? Kenapa saya kena melakukan ibadah itu ibadah ini? Tetapi saya senyapkan sahaja keadaan diri saya ketika itu.

Takut ada orang kata saya menghampiri murtad. Saya sendiri takut bila persoalan itu datang menyerang. Saya cuba membaca beberapa buah buku termasuk buku Fathi Yakan tetapi jawapannya tidak memuaskan hati saya.

Lantas saya buang soalan pertama itu dahulu. Takut benar kalau saya terlalu menumpu kepada soalan itu akan membuatkan saya murtad. Jadi, saya terus tumpu kepada persoalan kedua iaitu kenapa saya perlu beribadah.

Ibadah, taat dan patuh?

Orang kata ibadah itu taat dan patuh. Saya tiba-tiba mempersoalkannya. Kenapa perlu taat dan kenapa perlu patuh kalau tiada sebab? Apa sebabnya sampai saya kena solat, kena berdoa?

Bila saya tanyakan kepada orang lain jawapannya, “Ler.. Kau kena solat semua tu sebab perkara itu wajiblah.”

“Kenapa pula wajib?” Soal saya balik. Dan kawan itu terus terdiam.

“Dah ibadah wajib, jadi wajiblah!”

Dan yang pasti jawapan itu tidak memuaskan hati saya saat itu. Saya bukanlah jenis orang yang menerima jawapan daripada seseorang dan terus menghafal. Itu dinamakan penghafal dan bukannya pelajar.

Kita sering mengatakan ibadah itu adalah taat dan patuh tetapi tidak berapa mengendahkan apa itu taat dan apa itu patuh.

Ibadah adalah Cinta



Akhirnya saya terbaca satu petikan daripada tulisan Ibnu Qayyim. Maksud yang beliau berikan terlalu mudah. Ibadah itu adalah cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Membaca maksud ibadah yang diberikan oleh Ibnu Qayyim membuatkan saya berfikir panjang. Ibadah adalah cinta? Berkasih-kasihan dengan Tuhan?

Pernahkah terdetik dalam hati anda rasa cinta kepada orang lain? Bagi sesiapa yang pernah, mereka tentu faham bagaimana keadaannya.

Hurm. Sampaikan kita sanggup buat apa sahaja. Setiap saat asyik teringat tentang si dia. Apa yang dia larang, kita cuba sebaik mungkin untuk tidak melanggarinya. Dan apa yang dia pinta, selagi boleh kita cuba usahakan untuk dapatkannya.

Sehinggakan kalau ada orang lain cuba menunjukkan sedikit kemesraan kepada si dia, kita sudah berasa terlalu cemburu. Lantas kita cuba memberikan yang lebih baik lagi.

Jadi, itulah yang dimaksudkan oleh Ibnu Qayyim tentang maksud ibadah. Ibadah adalah cinta. Kalau cinta kepada manusia kita sudah menjadi terlalu gila seperti itu, sepatutnya cinta yang seperti itu kita sandarkan kepada Tuhan.

Apa yang membuatkan saya berfikir panjang ketika itu adalah kerana saat itu saya sedang mencintai seseorang. Membaca ayat-ayat Ibnu Qayyim membuatkan saya sedar kecintaan saya itu telah melebihi rasa cinta kepada Tuhan.

Cinta mana yang lebih utama


Memang ada orang kata rasa cinta sesama manusia itu tidak salah. Tetapi cuba kita tanya diri kita sendiri adakah rasa cinta kita itu melebihi rasa cinta kepada Tuhan.

Kalau rasakan diri sudah tidak terkawal lagi dan tidak tahu bagaiman ingin menurunkan rasa cinta itu, saranan saya hanya dua iaitu tinggalkan sahaja si dia atau kahwin terus. Apa salahnya, anda dengan dia masih lagi belum berkahwin.

Bagi yang rasa hendak kahwin lagi 2 tahun, tinggalkan dahulu si dia jika hati rasa perasaan cinta itu lebih banyak kepada si dia berbanding kepada Tuhan. Hurm. Sekarang yang mana satu menjadi keutamaan anda? Fikir-fikirkanlah.

Ibadah adalah cinta. Dan itulah yang pasti. Kalau anda lebih mencintai si dia melebihi rasa cinta kepada Tuhan, itu bermakna anda melakukan ibadah kepada sesuatu yang lain. Bukannya ibadah kepada Tuhan.

Erm. Kalau ibadah kita sudah terarah kepada sesuatu yang lain, apa maksudnya?

Saudaraku, anda berhak membangun puluhan istana di muka bumi. Asalkan anda tidak lupa memperkukuh mahligai cinta kepada yang paling berhak.

Saya letakkan sekali satu lirik lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Indonesia, Gradasi.


Di saat cinta menyemai rasa di jiwa
Menghiasi hidup indah kan masa
Luluhkan dengki menghapuskan benci
Kala cahaya-Nya
Membuka mata yang terlena
Sedarkan dari nafsu akan dunia
Rasa yang fana dan maya semata
Kan ku ungkap rasa yang terindah
Tentang berkembangnya cinta
Yang semerbak wangi dalam jiwa
Yang kekal abadi selamaya

Hanyalah untuk Allah
Kan kupersembahkan
Cinta tertinggi dan termurni
Yang tumbuh dalam nurani
Hanyalah untuk Alloh
Kan
kusandarkan

Segala pengharapan dan doa
Beri daku cahaya-Mu
Hanya Pada Allah kusandarkan
Hanya Pada Allah kudoakan
Hanya Pada Allah kuharapkan

Dan tentang persoalan yang bermain di benak saya itu, saya masih lagi belum dapat menjawabnya hingga saat ini. Didiamkan tetapi muncul kembali beberapa minggu yang lepas. Menyerang-nyerang.

Tetapi bagi saya, teruskan diri mencari apa yang dirasakan benar. Jangan hanya asyik mendengar dan mengikut apa yang orang lain kata tanpa memahaminya.

Saturday, July 11, 2009

CERIA SELALU

Tomelnya binatang-binatang ini!!!!


"awak kena ceria sokmo"

"ceria?"

"Kalu ceria sokmo, baru senang problem tu nak hilang. Kalu ada problem banyak mana skali pun, sambutlah semua ini dengan senyuman. Tenang selalu, ingatAllah slalu. Biasa ea ftrah manusia,tak lari dari masalah"


Nasihat Putera Shahrul Amry bin Ali kepada Aqasha Ahmad bin Kamil yang dilanda resah gelisah kerana masalah.. (ada laaa) dalam kelas mereka ,6 Mawar.....

Ya,manusia memang tak lari dari masalah. Sememangya kita boleh senaraikan banyak mana problem kita cam masalah member kecek nyekik (tanyo budok kelate.haha), masalah result,p perut sakit, accident dan banyak lagi. Dan kita juga boleh kategori sebagai problem kecik dan problem besar.
Tapi persoalannya sejauh manakah kita dapat tahan ngan semua ini?

Ada segelintir manusia yang tak tahan dengan masalah-masalah yang mereka hadapi terus berputus asa rahmat Allah sehingga menyebabkan masalah seterusnya terjadi seperti pergaduhan, tak nak bercampur dengan kawan-kawan, migrain dan ada kes sampai amek dadahdan bunuh diri.nauzubillah.

Alhurabbi,tak nama manusia laa kalau dia hidup senang tanpa dugaan.

Pembaca-pembaca sekalian.
Semua masalah ini merupakan ujian,dugaan dan cabaran yang Allah swt kurniakan. Hal ini mesti perlu kita pahat dalam hati, dan sentiasa ingat.

"Aduh, result aku jatuh lagi.raso nak nangis.isk2. tapi takper,mungkin ni semua ni peringatan Allah kat aku yang hanyut ngan maksiat dan. Dia suruh kita check balik amalan kita dan muhasabah diri. Alhamdulllah, syukur! Yang pasti aku kena atur strategi untuk lepas ni.malam ni solat taubat.insyallah jatuh sekali bukan bukan bermakna jatuh buat selama-lamanya. Rezeki Allah tu luas ya akhi.yang pasti kuatkan pergantungan kita kepada Allah dan usaha." Megat Jalaluddin Hassan Nazreen bin Abu ber'monolog dalaman' ketika melihat resultnya di internet.

MINDSET INILAH YANG KITA MAHU SELAMA INI.MINDSET INI PERLU DIBAJA DAN DISUBURI.TAK BERPUTUS ASA! MALAHAN DENGAN DUGAAN CABARAN INI MENYEBABKAN HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH MAKIN ERAT DAN KUATKAN PERGANTUNGAN KITA KEPADA-NYA.ITULAH YANG DIKATAKAN HAMBA ALLAH YANG BERIMAN!

Kita dapat lihat sirah nabawiyyah dimana semua nabi Allah swt diuji dengan DUGAAN dan KESENGSARAAN..Kita dapat lihat Seperti mana kesengsaraan yang di hadapi ketika Rasulullah swt ketika awal penyebaran Islam itu sendiri. Baginda sentiasa berdoa kepada Allah swt atas apa yang dihadapinya.Semakin banyak cabaran,semakin kuat pergantungan kita kepada Allah swt. Bagaimana pula dengan kita?

Muhasabah diri,itulah jalan yang terbaik.

Jadi, apa pula kaitan dengan tajuk post di atas?

Hehe..Cerialah selalu. janganlah stres. Terimalah dengan hati terbuka dismping ikhtiar berpandukan munajat Illahi.Ini salah satu cara terbaik apabila menghadapi masalah.tenang hati ingat allah usaha tawakal pikir jalan keluar bla2.

Akhir kata,senyum sokmo=)

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.13;28


p/s: rasa-rasanya kamu semua dah faham kan?hehe

Thursday, July 2, 2009

BERANI DELETE AKAUN FACEBOOK?HAHA

Assalamualaikum.

Saper yang ada akaun facebook?Dan siapa yang berani delete akaun tu?
Disini saya nak bagitau yang Facebook tu produk Yahudi!!Memang ramai yang tak tau benda ni,jadi baek dibagitau awal-awal.Kepada orang Islam,terutamanya ORANG-ORANG YANG BERIMAN,marilah kita sama-sama menjauhkan diri kita dengan benda ni,demi orang-orang Islam khususnya di Gaza sekarang ni.Patut la kenapa saya rasa tak seronok main Fb.Tengok member-member bukan main ketagih lagi main benda alah ni.

Jom Delete Akaun FACEBOOK!!

FAkta-fakta mengenai FB(copy paste,fakta kan.huhu)

Tahukah anda!!!Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari. Tahukah anda!!! bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York? Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? Tahukah anda!!! bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008รข€², iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion. Tahukah anda!!! bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?

Wah,bukan main happy lagi tayang bendera ni?Laknatullah Israel!



Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .


Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut? Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Hmm..Camne?Kita sebagai orang Islam harus peka dengan benda-benda ni.Orang yahudi zionis menyerang kita belakang,depan ,kiri dan kanan.Semua ni hanya direka untuk melalaikan umat Islam.Al Ghozwul Fikr,serangan pemikiran keatas mentaliti kita selama ini.


Apa-apapun,marilah kita sama-sama muhasabah diri.Wallau'alam.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.Al Baqarah:216


ref:http://akusujud.blogspot.com/2009/06/facebookyahudi-punya.html