Saturday, July 11, 2009

CERIA SELALU

Tomelnya binatang-binatang ini!!!!


"awak kena ceria sokmo"

"ceria?"

"Kalu ceria sokmo, baru senang problem tu nak hilang. Kalu ada problem banyak mana skali pun, sambutlah semua ini dengan senyuman. Tenang selalu, ingatAllah slalu. Biasa ea ftrah manusia,tak lari dari masalah"


Nasihat Putera Shahrul Amry bin Ali kepada Aqasha Ahmad bin Kamil yang dilanda resah gelisah kerana masalah.. (ada laaa) dalam kelas mereka ,6 Mawar.....

Ya,manusia memang tak lari dari masalah. Sememangya kita boleh senaraikan banyak mana problem kita cam masalah member kecek nyekik (tanyo budok kelate.haha), masalah result,p perut sakit, accident dan banyak lagi. Dan kita juga boleh kategori sebagai problem kecik dan problem besar.
Tapi persoalannya sejauh manakah kita dapat tahan ngan semua ini?

Ada segelintir manusia yang tak tahan dengan masalah-masalah yang mereka hadapi terus berputus asa rahmat Allah sehingga menyebabkan masalah seterusnya terjadi seperti pergaduhan, tak nak bercampur dengan kawan-kawan, migrain dan ada kes sampai amek dadahdan bunuh diri.nauzubillah.

Alhurabbi,tak nama manusia laa kalau dia hidup senang tanpa dugaan.

Pembaca-pembaca sekalian.
Semua masalah ini merupakan ujian,dugaan dan cabaran yang Allah swt kurniakan. Hal ini mesti perlu kita pahat dalam hati, dan sentiasa ingat.

"Aduh, result aku jatuh lagi.raso nak nangis.isk2. tapi takper,mungkin ni semua ni peringatan Allah kat aku yang hanyut ngan maksiat dan. Dia suruh kita check balik amalan kita dan muhasabah diri. Alhamdulllah, syukur! Yang pasti aku kena atur strategi untuk lepas ni.malam ni solat taubat.insyallah jatuh sekali bukan bukan bermakna jatuh buat selama-lamanya. Rezeki Allah tu luas ya akhi.yang pasti kuatkan pergantungan kita kepada Allah dan usaha." Megat Jalaluddin Hassan Nazreen bin Abu ber'monolog dalaman' ketika melihat resultnya di internet.

MINDSET INILAH YANG KITA MAHU SELAMA INI.MINDSET INI PERLU DIBAJA DAN DISUBURI.TAK BERPUTUS ASA! MALAHAN DENGAN DUGAAN CABARAN INI MENYEBABKAN HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH MAKIN ERAT DAN KUATKAN PERGANTUNGAN KITA KEPADA-NYA.ITULAH YANG DIKATAKAN HAMBA ALLAH YANG BERIMAN!

Kita dapat lihat sirah nabawiyyah dimana semua nabi Allah swt diuji dengan DUGAAN dan KESENGSARAAN..Kita dapat lihat Seperti mana kesengsaraan yang di hadapi ketika Rasulullah swt ketika awal penyebaran Islam itu sendiri. Baginda sentiasa berdoa kepada Allah swt atas apa yang dihadapinya.Semakin banyak cabaran,semakin kuat pergantungan kita kepada Allah swt. Bagaimana pula dengan kita?

Muhasabah diri,itulah jalan yang terbaik.

Jadi, apa pula kaitan dengan tajuk post di atas?

Hehe..Cerialah selalu. janganlah stres. Terimalah dengan hati terbuka dismping ikhtiar berpandukan munajat Illahi.Ini salah satu cara terbaik apabila menghadapi masalah.tenang hati ingat allah usaha tawakal pikir jalan keluar bla2.

Akhir kata,senyum sokmo=)

Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.13;28


p/s: rasa-rasanya kamu semua dah faham kan?hehe

No comments:

Post a Comment