Tuesday, May 26, 2009

Enam Pertanyaan Imam Ghazali


assalamualaikumm..tak sempat nak menaip..tapi insya allah mari kita amek manfaat dari kisah Imam Al Ghazali nie..


Enam Pertanyaan Imam Ghazali

www.iluvislam.com

oleh: wardah_afifah


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab

:"Orang tua, guru, kawan dan sahabat".


Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah

'MATI'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.




KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh

daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab

:" negara China, bulan, matahari dan bintang".


Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah '

MASA LALU'.

Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.




KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini

lalu muridnya menjawab:

" Gunung, bumi, matahari".


Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah '

NAFSU'.

Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179




KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia

lalu muridnya menjawab

:" besi, gajah".


Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'MENANGGUNG AMANAH'.

Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.




KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia

lalu muridnya menjawab :

" Kapas, angin, debu dan awan".


Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah

'MENINGGALKAN SEMBAHYANG

' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.




KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia

lalu muridnya menjawab:

''Pedang".


Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah

'LIDAH MANUSIA'

di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Monday, May 25, 2009

SOLAT??

salam blogging

















Subhanallah, Alhamdulilah, LA iLAHA illahLLAHH, Aallahuakbar





demi Allah,tiada seiapa yang berhak kita berkumpul dan menghabiskan masa membaca blog ini selain daripada Allah SwT,tuhan sekalian Alam.

Kita hamba yang hina dina ni tidak layak langsung untuk masuk ke syurga-Nya namun sudah tntu kita tudak sanggup untuk ke nerakan-Nya.

MarilaH kita sama2 merafa'kan kesyukuran tahap tertinggi kerana kita masih lagi hidup dan dikurniakan dengan pelbagai nikmat.

membaca blog, makan ,minum, bermain.Ya,itu dikira nikmat-nikmat yang dikurniakan kepada kita.

Namun kita harus ingat,nikmat terbesar yang harus kita dapat ialah ISLAM dan IMAN.Tanpa dua nikmat ini, sudah tentu kita dalam kesesatan dan jauh dari rahmat-Nya. SEmua nikmat yang sebelum ini menjadi sia-sia disisi-Nya.

Tingkatkan Ketaqwaan kepada Allah SwT setiap hari sesungguhnya Allah telah berfirman dalam dalam surah Ali Imran ayat 102;

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar TAQWA kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.


Marilah kita sama-sama beselawat keatas Muhammad bin Abdullah, Rasul Allah, lelaki TORBAEK menjadi ikutan sepanjang zaman. Tanpa titisan darah baginda,tanpa gigi baginda tercabut,tanpa tribulasi dan mehnah yang dihadapi oleh baginda dan para sahabat, takkan kita dapat merasai kehangatan ISLAM itu sendiri.



Sahabat,sahabiah sekalian.
alhadulilah sekali lagi,blog sy terhasil jugak.hehe..



duk tengok orang len wat blog,terasa nak wat blog gak.
Tapi bab-bab menaip dan mengarang ni kureng sket.



"Zaman da berubah,dunia dah maju"
selalu duk dengar ayat nie.haha..
Biar semua da berubah,asalkan
Akidah Islamiyyah masih terikat KUKUH.




Sekali sekala,terpikir gaK ,
" apa tujuan aku wat blog ni?
buang masa ade la."




pikir punyer la pikir,sampai ada senior bgtau kat sy
" wat ea blog ,baru ade kredibiliti."
hoho..penin palo duk mikir psal
kredibiliti.





Ya,
kredibilti ni ada saham dalam penyampaian dakwah.
kalo takde kredibiliti,takkan ada orang nak dengar
apa yang kita nak smpaikan?kn2?



Allahhurabbi,
tengok kawan-kawan UTP dan PC, ramai yang da ada blog,junior-junior pon da ada.pikir punya la pikir(penulis suka berfikir lebih-lebih sampai kena tegur daripada sahabat seperjuangan.Syukron)......







....APA MATLAMAT DORANG WAT BLOG NI??BUANG MASA??SUKA-SUKA?LUAH PERASAAN??APA MATLAMAT AKU??



pikir punya la pikir
(dicampur ngan malas menaip gak) barulah kutemui..


..
..


..
..


.



Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasehati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan
AZAb yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.
Al A'raaf ,7:164







Kutemui juga akhirnya.harap-harap blog ni jadi saham esok dan menjadi bukti untuk berhadaapan dengan-Nya kelak.insya allahh..=)


“Bertaqwalah (patuhlah) kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah bersama-sama orang yang memelihara diri dari kejahatan” al-Baqarah:194





Lillahita'ala.selamat berblog che bu=)