Wednesday, June 24, 2009

7 AYAT CINTA


Sabda Rasulullah SAW: barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.
amin..

p/s copy n paste..amal2=)

Tuesday, June 23, 2009

CELAKA BINATANG BERTOPENGKAN MANUSIA!!



Astgfirullah..!!!!Sabar che bu,sabarrr..Topik yang memang kasar bunyinya nieh!
Bukan apa,memang geram ngan perangai dan telatah manusia sekarang ni.Semakin lama semakin runtuh nilai moralnya.Dua gambar di atas jelas menunjukkan tahap moraliti sesetangah manusia yang rakus,jadi apa komen??

Gambar pertama adalah kes pembantu rumah islam dari Indonesia,Siti Hajar berumur 33tahun didera dengan kejam kejam dengan muka dan badannya penuh kesan melecur, berkudis, bernanah serta luka dipercayai akibat disimbah air panas oleh majikannya,dan dia berjaya menyelamatkan diri..**Kisahnya bukan sekadar penderaan fizikal dan mental tetapi, beliau juga telah dinafikan hak untuk mendapat layanan sebagai seorang Islam dengan dipaksa memakan nasi kosong berlaukkan daging babi.Kisah seperti ini sudah lama diperkatakan. Terdapat segelintir majikan yang tidak bertanggungjawab telah melayani Pembantu Rumah mereka seperti hamba abdi.Mereka tidak dibenarkan solat, puasa, dipaksa memakan babi dan diberikan bebanan kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang diberi. Dalam kes Siti ini, majikkannya turut mengakui bahawa beliau tidak pernah membayar gajinya sejak tiga tahun lalu**.

Kasihan kepada pembantu rumah ni,tergamak majikan dia wat camtu ek.

Dan gambar kedua semua orang sedia maklum,mangsa along digari kat tekak tangan seperti binatang peliharaan.Dengan ada lokap sendiri,ah long2 ni kurung mangsa dorang cam .Memang kejam ah long ni,ingat dorang sapa ha?!!

Tu pun belum masuk nagn kes ragut,buang bayi,rogol yang semakin hari semakin meningkat.

Adakah dengan meningkatnya tahap teknologi,semakin bertamadun kita??Adoi,memang semakin lama semakin tak bertamadun manusia sekarang.Adakah mereka dikurniakan akal?Ada akal tapi tak guna dengan betul?

Jadi apa peranan kita dalam hal ni,terutumanya mahasiswa?

Amat sedih sekali mahasiswa itu tidak cakna LANGSUNG akan keadaan semasa bahkan masih hanyut dibuai dengan keseronokan dunia
.

Kita kena tahu bahwa dunia inilah tempat kita nak menggembleng hasil kita kelak di akhirat,ingat bahwa kampung halaman kita yang sebenar adalah di syurga.Tapi nak pergi kena bawa bekal,kang tak sampai dan berenti tengah jalan,selama-lamaya.Mungkin dah nak kiamat,hanya Allah sahaja yang tau.
Ayuh,kita usahakan.Ambil peranan masing-masing,tapi bagaimana yea?Fikir-fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku.Banyak persoalan yang saya tinggalakan tu.ok??tepuk dada ,tanya IMAN

p/s 1)Keadaan kita sebenarnya dalam keadaan kritikal.
2)MAaf bahasa kasar,apa-apa nasihat saya terima dengan hati terbuka.Kalau boleh jumpa saya terus,boleh elak miscom=)

**cut n paste n olah sket-sket dari blog Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.hehe=)
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/06/hentikan-penderaan.html
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.711.2

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). MEREKA ITU SEBAGAI BINATANG TERNAK, bahkan mereka LEBIH SESAT LAGI. Mereka itulah orang-orang yang lalai.Al A'raaf 179

Monday, June 22, 2009

SEDIKIT ANALISIS RINGKAS MENGENAI FILEM KETIKA CINTA BERTASBIH


assalmualaikum sahabt2ku
.subhanallah ~!

inilah yang dikatakan KESENIAN ISLAM,menunjukkan peranan movie dalam dakwah..figh dakwah yang jelas..
jika kita lihat keadaan dan suasana sekarang,muda-mudi sememangya dalam kemaruk cinta dan juga movie..semoga sahabat2 kita** terbuka hidayah selepas menonton KCB ini=)Memang kena ngan waqi'


Then bila ek nak kuar kat malaysia??


Btw,selain itu ana dapat pengajaran lpas bace novel adalah KETABAHAN DAN KECEKALAN..kalu kita tgok2 ea balik,org indonesia ni mmg kuat bekrja dan tabah.tgok la watak azzam n fahri dalam novel,mmang dorg tak putus asa dalam kehidupan dorg.yang pasti pergantungan kepada Allah swt.Itu yang penting..then ustaz bhasa arab ana ,ustaz GEMA hadi dari indonsesia menceritakan mencerita bgaimana perjalann hidup dia time kelas..subhannallah,mmang sejibik ngan azzam n fahri,malahan lebih banyak mehnah dan tribulasi...panjang ceritanya...ana ley wat hipotesis yang mentaliti orang indonesia ni mmang tabah dan cekal.tak tau conclusion dia gano..

orang malysia bagaimana?

hehe..jadi ambil sumer hikmah yang ada dalam novel n movie KCB ni..jangan tgok dari aspek cinta jer=)


Selamat menonton KCB..wallahualam.



p/s;
1)da tegok citer KUN FAYAKUn dan SANG mUROBBI??best gak=)
2)tengok trailer full KCB http://www.youtube.com/watch?v=GKB09O8Pv_Q&eurl=http%3A%2F%2Fhatikusuriakemboja.blogspot.com%2F2009%2F06%2Fsyurga-cinta-vs-ketika-cinta-bertasbih.html&feature=player_embedded


**Pada saya,kapel remaja skarang ini xleh ditakrifkan ngan cinta kerana cinta itu adalah MILIK ALLAH dan ianya adalah SUCI.sedangkan kapel remaja sekarang itu tidaklah dikira dengadengan CINTA tetapi SYAHWAT SEMATA2.ye,menyukai seseorang itu adalah ftrah tapi plaksanaan itu perlulah pada tempatnya tidak melanggari syarak=)

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat ~Hamka

dan ini

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~Hamka

HAMKA, Haji Abdul Malik Karim Amrullah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Che Muhammahd Bukhari b Che Mohd Razali
Tahun Pertama Semester Pertama,
Kejuruteraan Kimia,
Uni Tek Petronas.

che_boo182[at]y.c
cheboo182[at]gmail.c
chematahari.blogspot.com

Friday, June 19, 2009

RUKUN AGAMA??




asslaamualaikumm...

mmang da lama tak menulis blog nie.banyak amanah yang dapat wat masa ni..ni pun curi-curi menaip..haha.saje nak release tension.
merujuk kepada tajuk kt atas tu,memang kita patut mengetahui rukun ni.pernah dengar tak?hohoh..sebenarnya rukun ni memang kita semua tahu,cuma kita tak pernah ambil cakna dan hayati..ni semua pasal serangan pemikiran dari dakyah yahudi dari musuh-musuh Allah ni..


Apa yang dikatakan rukun agama itu??rukun ni saya dapat sewaktu mendengar kuliah magrib kat satu surau di putrajaya(presint 8 x silap,pergi jalan-jalan rumah abang),ada sorang ustaz yang fakih dalam bab agama.ia mengingatkan kita supaya KITA WAJIB MENGETAHUI RUKUN NI,DAN SENTIASA IMPLEMENTASIKAN DALAM KEHIDUPAN KITA SEBAGAI MUSLIM,iaitu:

RUKUN ISLAM
RUKUN IMAN
RUKUN EHSAN



mari kita selami sirah rasulullah saw:

Ketika Rasulullah saw sedang duduk dalam
sebuah masjid bersama sahanbat-sahabat maka datanglah seorang lelaki
dan bertanya kepada
baginda.Sahabat-shabat kehairanan kerana tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ini

"Wahai Muhammad katakanlah
kepadaku tentang Islam maka

Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud :-

“Islam ialah engkau menyaksikan bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah, dan sesungguhnya Nabi
Muhammad Pesuruh Allah dan engkau mendirikan
sembahyang dan menunaikan zakat serta
berpuasa pada bulan Ramadhan dan
mengerjakan Haji di Baitullah bagi yang mampu.

"Benar apa yang engkau kata. Beritahu aku
tentang Iman,"

Rasulullah saw menjawab
Maksudnya : Iman ialah percaya kepada Allah dan
Malaikat-MalaikatNya dan Kitab-KitabNya dan
Rasul-RasulNya dan hari akhirat dan engkau
percaya kepada takdir (yang ditentukan oleh Allah)
baik dan buruk.

"Benar apa yang engkau kata. Beritahu aku
tentang ihsan,"

Rasulullah saw menjawab:
"ihsan ialah mengakui bahawa engkau menyembah Allah
seakan-akan engkau melihatnya, maka jika
engkau tidak melihatnya sesungguhnya Allah
melihat engkau”.


Selepas bertanyakan beberapa soalan, lelaki itupun beredar dan hilang dalam pandangan,sahabat-sahabat terus bertanya kepada Rasulullah,
"Ya Rasulullah,siapakah lelaki itu?"

Rasulullahpun menjawab,"Dialah malaikat Jibrail."

hurmmm..memang jelas kita wajib mngetahui 3 rukun ini dan disematkan dalam sanubari
kita sebagai muslim sejati.ingat islam iman ehsan.saya akhiri kalam saya ngan satu persoalan buat pembaca(nak gi sambung wat kerja)

"adakah aku ini islam ataupun ISLAM?"



renung-renungkanlah sahabat-sahabat=)