Tuesday, June 23, 2009

CELAKA BINATANG BERTOPENGKAN MANUSIA!!



Astgfirullah..!!!!Sabar che bu,sabarrr..Topik yang memang kasar bunyinya nieh!
Bukan apa,memang geram ngan perangai dan telatah manusia sekarang ni.Semakin lama semakin runtuh nilai moralnya.Dua gambar di atas jelas menunjukkan tahap moraliti sesetangah manusia yang rakus,jadi apa komen??

Gambar pertama adalah kes pembantu rumah islam dari Indonesia,Siti Hajar berumur 33tahun didera dengan kejam kejam dengan muka dan badannya penuh kesan melecur, berkudis, bernanah serta luka dipercayai akibat disimbah air panas oleh majikannya,dan dia berjaya menyelamatkan diri..**Kisahnya bukan sekadar penderaan fizikal dan mental tetapi, beliau juga telah dinafikan hak untuk mendapat layanan sebagai seorang Islam dengan dipaksa memakan nasi kosong berlaukkan daging babi.Kisah seperti ini sudah lama diperkatakan. Terdapat segelintir majikan yang tidak bertanggungjawab telah melayani Pembantu Rumah mereka seperti hamba abdi.Mereka tidak dibenarkan solat, puasa, dipaksa memakan babi dan diberikan bebanan kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang diberi. Dalam kes Siti ini, majikkannya turut mengakui bahawa beliau tidak pernah membayar gajinya sejak tiga tahun lalu**.

Kasihan kepada pembantu rumah ni,tergamak majikan dia wat camtu ek.

Dan gambar kedua semua orang sedia maklum,mangsa along digari kat tekak tangan seperti binatang peliharaan.Dengan ada lokap sendiri,ah long2 ni kurung mangsa dorang cam .Memang kejam ah long ni,ingat dorang sapa ha?!!

Tu pun belum masuk nagn kes ragut,buang bayi,rogol yang semakin hari semakin meningkat.

Adakah dengan meningkatnya tahap teknologi,semakin bertamadun kita??Adoi,memang semakin lama semakin tak bertamadun manusia sekarang.Adakah mereka dikurniakan akal?Ada akal tapi tak guna dengan betul?

Jadi apa peranan kita dalam hal ni,terutumanya mahasiswa?

Amat sedih sekali mahasiswa itu tidak cakna LANGSUNG akan keadaan semasa bahkan masih hanyut dibuai dengan keseronokan dunia
.

Kita kena tahu bahwa dunia inilah tempat kita nak menggembleng hasil kita kelak di akhirat,ingat bahwa kampung halaman kita yang sebenar adalah di syurga.Tapi nak pergi kena bawa bekal,kang tak sampai dan berenti tengah jalan,selama-lamaya.Mungkin dah nak kiamat,hanya Allah sahaja yang tau.
Ayuh,kita usahakan.Ambil peranan masing-masing,tapi bagaimana yea?Fikir-fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku.Banyak persoalan yang saya tinggalakan tu.ok??tepuk dada ,tanya IMAN

p/s 1)Keadaan kita sebenarnya dalam keadaan kritikal.
2)MAaf bahasa kasar,apa-apa nasihat saya terima dengan hati terbuka.Kalau boleh jumpa saya terus,boleh elak miscom=)

**cut n paste n olah sket-sket dari blog Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.hehe=)
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/06/hentikan-penderaan.html
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.711.2

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). MEREKA ITU SEBAGAI BINATANG TERNAK, bahkan mereka LEBIH SESAT LAGI. Mereka itulah orang-orang yang lalai.Al A'raaf 179

No comments:

Post a Comment