Sunday, January 31, 2016

Strategi Perniagaan Kencang Gaya Abdul Rahman bin Auf

Assalamualaikum dan salam kejayaan buat para pembaca Majalah Niaga yang setia sekalian. Artikel kali ini membawakan perkongsian tentang strategi yang diamalkan oleh tokoh perniagaan Islam yang tidak asing lagi iaitu Abdul Rahman bin Auf r.a.
Seperti yang pembaca sedia maklum, Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang hartawan namun tetap zuhud. Beliau telah banyak membelanjakan harta kekayaannya ke jalan agama.
Beliau adalah seorang usahawan yang termasyhur ketika itu (seorang bilionair jika dibandingkan dengan zaman sekarang).
Salah satu perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah perniagaan unta. Beliau berjaya mendominasi perniagaan unta ini yang sebelum itu telah pun didominasi oleh kaum Yahudi.
bisnes-abdul-rahman-bin-auf
Persoalannya, bagaimana Abdul Rahman bin Auf mampu mematahkan strategi kaum Yahudi?

Strategi #1 – Jual Unta Harga Kos

Beliau menggunakan strategi jualan pada harga kos. Ya, unta-unta beliau dijual pada harga kos, bermakna beliau langsung tiada untung. Berkesankah strategi seperti ini? Hasilnya, semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman bin Auf.

Beliau langsung tidak mengambil keuntungan dengan hasil jualan unta, namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab:
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.
Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga. Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam- macam warna. Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.
Sebenarnya, pada zaman ini ramai peniaga-peniaga yang menggunakan strategi ini, lebih-lebih lagi peniaga yang mempunyai modal pusingan yang besar.
Ramai peniaga-peniaga terutamanya kedai-kedai borong yang menjual pada harga rendah bagi barangan yang biasa dibeli pengguna, namun secara ‘tersembunyi’ menaikkan harga bagi sesetengah barangan mereka.
Pembeli yang sudah ‘kerasukan’ membeli barangan mereka pasti akan tidak sedar bahawa sesetengah barangan mahal pula harganya, namun tetap berbelanja dengan alasan ‘malas’ untuk pergi ke kedai lain.
Strategi ini jarang sekali dilakukan oleh para peniaga. Tidak ramai yang berani mengambil risiko ini kerana jika tersilap langkah, kerugian besar yang menanti peniaga.
Berbalik kepada kisah sahabat Rasulullah SAW, Abdul Rahman bin Auf adalah seorang saudagar dan usahawan termasyur yang telah dijanjikan syurga. Beliau sangat banyakmenyumbangkan hartanya pada jalan Allah. Apabila diminta untuk menderma, pasti tidak akan ditolaknya.
Selain strategi #1 di atas, Abdul Rahman bin Auf pernah ditanya tentang apakah strategi perniagaannya yang lain sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

Strategi #2 – Syukur Walau Untung Sedikit

“Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit.”
Frasa di atas sangat memberikan kesan yang positif bagi para usahawan dalam mengatur strategi perniagaan. Jangan sesekali ambil mudah soal keuntungan yang bakal diambil dari pembeli, dan jangan pula mengambil mudah soal halal dan haram dalam perniagaan.
Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai kos tanggungan seperti kos penghantaran, kita harus bijak mengira kos supayakeuntungan dapat ditampung walaupun kos penghantaran produk biasanya tidaklah seberapa. Dari segi halal haramnya, jangan pula ada unsur-unsur riba dalam menguruskan perniagaan.

Strategi #3 – Jangan Seksa Pelanggan

“Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.”
Sekiranya ada permintaan, beliau akan sedaya upaya mendapatkan barangan yang diminta oleh pelanggan. Strategi ini boleh diaplikasikan dalam perniagaan yang dijalankan. Ada segelintir usahawan yang bersikap ‘malas’ dan mengambil mudah perkara ini.
Sekiranya pelanggan bertanyakan tentang sesuatu barangan, peniaga hanya membiarkan pelanggan berlalu pergi dengan menyatakan, “Barang yang diingini tidak dijual disini”.
Peniaga yang bijak tidak akan mudah ‘melepaskan’ pelanggan seperti ini, sebaliknya akan berusaha sedaya upaya mendapatkan bekalan barangan yang diminta dari jaringan rakan-rakan perniagaannya yang lain.

Strategi #4 – Sila Bayar Tunai

“Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran.”
Abdul Rahman bin Auf tidak mengamalkan cara tangguhan bayaran yang rata-rata ramai dikalangan para peniaga yang mengamalkan teknik ini. Beliau menjalankan urusniaga dalam bentuk tunai. 
bisnes-abdul-rahman-bin-auf-2
Sebenarnya dengan mempercepatkan bayaran, peniaga akan mendapat pusingan modal dengan lebih cepat, dan mudah untuk digunakan bagi membeli barangan yang baru untuk dijual.
Seterusnya timbul pula persoalan mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah SAW di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan peniaga yahudi atau orang bukan Islam Madinah?
Rahsianya penting yang harus peniaga Islam ketahui ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana perniagaan diketuai oleh Saidina Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. sendiri akan bermunajat kepada Allah dan Rasul, untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka.
Mereka semua melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah SAW mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga yang disuruh Allah SWT.
Mereka akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga pimpinan Abdul Rahman bin auf r.a. Beliau memupukkan rasa kasih sayang sesama peniaga dan para pelanggan.
Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Maka akhirnya peniaga yahudi mula meninggalkan kota Madinah.
Begitulah kehebatan strategi perniagaan yang diamalkan Abdul Rahman bin Auf yang harus dijadikan contoh kepada kita lebih-lebih lagi sebagai peniaga. Hamka amat tertarik dengan jawapan yang telah diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf.
Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab;
“Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”
Kehebatan beliau dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi. Sejarah pernah merekodkan bahawa beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat untasahaja.

3 Strategi Berniaga Klasik Cara Sahabat Nabi

Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu dirham dalam satu hari. Beliau benar-benar melaksanakan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadith baginda:
“Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki”. (Hadith Riwayat Imam Ahmad)
Kesimpulan ringkas yang dapat dibuat daripada strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf:
  1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita. Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. Rezeki masih menyebelahi kita walaupun sedikit.
  2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dahulu sehingga kini, kelajuan dan kepantasan menangani masalah dan pelanggan dalam perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi. Pelanggan pula akan suka kepada peniaga sebegini. Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan buat kali kedua dan seterusnya.
  3. Urus niaga haruslah dijalankan dalam tunai sahaja. Di mana ia akan menguntungkan kedua belah pihak samada pelanggan mahupun peniaga.
Sekian dahulu artikel untuk kali ini. Moga bertemu lagi dalam artikel berikutnya. Salam kejayaan dari saya, Hasryn Hamka

http://www.majalahniaga.com/strategi-perniagaan-kencang-gaya-abdul-rahman-bin-auf.html

Friday, January 29, 2016

Tahukah anda 10 tahun dari sekarang mungkin ramai diantara kita akan bekerja dari rumah ?

Di US perkara ini telah berlaku lebih 10 tahun dulu.
Saya mempunyai kawan yang tinggal diMalaysia tetapi sebenarnya dia adalah arkitek untuk sebuah syarikat terkenal di UK.
Mungkin beberapa tahun lagi kita boleh bertemu perkara ni di Malaysia. Pejabat tidak lagi diperlukan. Istilah kerja masuk jam 8 pagi tidak ada lagi.
Banyak kos boleh dan tenaga boleh dijimatkan. Tak perlu bersesak-sesak untuk ke pejabat jam lapan. Perkara yang penting adalah anda perlu siapkan kerja anda.
Saya sangat berminat dengan perkara ini. Saya telah membuat research lebih setahun tentang kerjaya " kerja dari rumah ".
Saya mendapati lebih 50% generasi Y telah berpendapatan lebih 2 kali ganda dari gaji sebenar jika dia bekerja diluar.
Saya telah setup pejabat kecil saya dirumah lebih 10 tahun lalu. Siapa nak tahu 10 tip kerja dari rumah ?.
============================
10 Tip Kejayaan Bekerja dari Rumah
============================
1. Menyediakan tempat kerja khas yang selesa
Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan beberapa keperluan asas. tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.
Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai maje yang selesa untuk anda mulakan kerja. Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. Kalau boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising. INGAT..anda perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan menharapkan duit masuk.
.
.
2. Bekerja mengikut waktu.
Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak mulakan kerja. kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. masuk waktu kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5. Ingat anda perlu bekerja, walaupun di rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinlah diri, jangan asik nak ke pasar je. mana kerja nak menjadi dan nak siap.
.
.
3. Hubungan dengan kerja secara berterusan
Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda.
.
.
4. Ambil masa rehat
Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat. contohnya ambil lah waktu makan tengah hari setiap hari. Bila anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti lebih hebat.
.
.
5. Jangan dibersihkan.
Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk anda buat kerja. kadang-kadang anda tak lah perlu bersihkan setiap hari, anda perlukan mod untuk bekerja. biarkan bersepah...
.
.
6. Disiplin
Kalau nak buat perjumpaan , cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari. jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.
.
.
7. Tinggalkan rumah sehari dalam seminggu
tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah. jadi tentu anda akan BOSAN. saya syorkan untuk anda pilih lah satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah. Anda akan rasakan kelainannya.
.
.
===================
8. Buat kerja secara rutin
===================
1. Bangan tidur,
2. ersihkan diri, mandi dan bersiap. jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
3. Buat sarapan
4. Masuk tempat kerja
5. Buat panggilan pelanggan
6. Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan
7. Balik jam 2 buat kerja balik
8. jam 5 berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh
9. list kerja apa nak dibuat esoknya
10. ulang langkah pertama.
.
.
9. Buat kerja anda.
Jangan pula , metang-metang anda kerja dari rumah anda volunteer buat kerja yang tak perlu anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk letak rumah anda. ini betul...kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan pulak anda yang buat. faham kan yang ni.
.
.
10.Stay professional
Walaupun anda kerja dari rumah ..ingat anda perlu bertanggungjawab seperti anda bekerja di office.
Sebenarnya banyak lagi nak tulis dan nak beri tip nya. saya selalu ingat mak pesan " beri pada mereka yang meminta dan memerlukan dan jangan minta pada mereka yang tak mahu memberi ". sebab tu saya minta banyak like.
share lah secara percuma supaya ramai orang boleh dapat manfaatnya. tiru dan copy lah sesuka hati yang boleh sebab saya tahu mudah-mudahan ianya menjadi saham bagi saya.
saya tahu ...buat baik bukan tentu dapat pahala. tapi mak pesan " bersabar dan teruskan ".


Siapa Lebih Hebat: Apple vs Samsung

Siapa Lebih Hebat: Apple vs Samsung

Perbezaan iOS vs Android
Kini setiap hari kita dapat melihat model-model peralatan mudah alih terbaru daripada jenama-jenama besar di dunia kini ditayangkan kepada umum. Lambat laun keinginan untuk bertukar model telefon/tablet akan timbul juga jauh dalam hati kita. Dari telefon pintar ke tablet, Android kini berada dan boleh didapati untuk keinginan sesiapa sahaja, tidak kira apa kegunaan seharian mereka. Terdapat beberapa perbezaan yang boleh dilihat di antara iOS dan Android?
Platform Tertutup atau Terbuka?
Kedua-dua platform mudah alih ini sangat berkuasa, tetapi untuk iOS ia lebih ketat kerana pihak Apple mengawal dengan meneliti fungsi-fungsi dan ciri-ciri yang boleh diletakkan di dalam peranti mereka - ia termasuklah perisian dan juga perantinya sekali. Google pula - walaupun mengawal ketat perisian dan aplikasi mereka terutama dengan versi Ice Cream Sandwich — ia tidak menghalang pihak pengeluar untuk memasukkan ciri-ciri unik ke dalam peranti mereka.
Sebagai contoh, untuk iPhone 4S, Apple tidak meletakkan skrin yang lebih besar untuk membezakan dirinya dari model terdahulu dan juga model syarikat lain. Berbanding dengan Google, pengeluar yang menggunakan sistem operasi dari mereka telah mengeluarkan produk yang berbeza di antara satu sama lain. Samsung mempunyai produk dengan skrin bersaiz 3 unci sehinggalah skrin bersaiz 10 inci.
Aplikasi Pilihan
Aplikasi yang ada untuk peranti mudah alih anda lebih sekadar kalkulator ataupun emel sahaja. Aplikasi, atau lebih dikenali sebagai "Apps" merupakan program kecil untuk peranti mudah alih anda - tak kira ia telefon pintar mahupun tablet. Kebanyakan aplikasi-aplikasi ini menambah kepada fungsi peranti anda. Sebagai contoh, anda mungkin boleh memuat turun aplikasi untuk memain balik video, ataupun aplikasi untuk lukisan.
Di dalam ekosistem Apple, apps perlu melalui sistem pengesahan yang ketat, yang dikawal-selia oleh pihak Apple sendiri agar menepati standard dan keperluan ekosistem pengguna mereka. Proses ketat ini juga bermaksud bahawa mereka boleh menolak app yang dibangunkan oleh pembangun aplikasi yang tidak menurut spesifikasi tertentu pada bila-bila masa.
Namun, ia tidak bermaksud app di dalam ekosistem Google melalui Android tidak dikawal selia. Sebaliknya ia lebih senang untuk membangunkan aplikasi untuk memenuhi kehendak tertentu berbanding dengan iOS.
Contohnya, anda tidak akan melihat aplikasi pada iOS yang boleh memain balik fail mkv ataupun ogg dengan lancar, tetapi ada banyak aplikasi yang boleh memain balik fail ini di dalam Android. Anda juga boleh melihat aplikasi yang membolehkan anda mengawal komputer di rumah anda dengan telefon Android anda, tetapi untuk Apple hanya menampilkan sesetengah aplikasi sahaja yang boleh digunakan, selalunya dengan fungsi-fungsi yang kurang daripada Android.
Antaramuka (UI)?
UI di sini bermaksud "User Interface" atau diterjermah ke dalam Bahasa Melayu - antaramuka. Kalau anda menghidupkan telefon anda, dan melihat barisan-barisan ikon di skrin anda, ia adalah muka hadapan untuk UI telefon anda. Apple dan Google menggunakan dua konsep berbeza untuk memberi pengguna mereka kawalan sepenuhnya untuk telefon pintar mereka.
Apple hanya membenarkan pengguna untuk menggunakan ikon di muka hadapan peranti mereka. Untuk mereka yang selesa dengan sistem sebegini, ia senang untuk difahami. Walaubagaimanapun dari segi informasi yang dipaparkan, belum cukup terperinci jika informasi cepat perlu dicapai - aplikasi perlu dilancarkan bagi info untuk dibaca. Sebagai contoh, jika ada emel dihantar, ikon emel akan mempunyai tanda yang menunjukkan ada emel baru. Anda perlu membuka aplikasi emel untuk membacanya.
Google pula menggunakan konsep ikon dan wiget. Wiget adalah aplikasi mini yang duduk di muka hadapan peranti anda yang boleh memaparkan informasi dan berita penting yang anda perlukan, tanpa membuka aplikasi yang berkaitan. Sebagai contoh, jika emel dari bos anda masuk ke inbox, anda boleh melihatnya melalui wiget emel dan baca tanpa perlu meninggalkan muka hadapan peranti anda.
Pilihan Peranti
Kalau hendak dibandingkan, mereka yang ingin menggunakan Android mempunyai pilihan yang amat luas, untuk membeli sebuah peranti yang dikuasakan oleh Android. Jika anda ingin memiliki produk Apple, malangnya anda hanya mempunyai dua pilihan - iPhone ataupun iPad.
Ciri-ciri
Perbezaan diantara Android dan iOS sangat berbeza, jika faktor ciri-ciri unik dibandingkan. Ada beberapa fungsi yang ada pada peranti Apple, dan juga beberapa fungsi yang hadir dari peranti yang menggunakan sistem operasi Google.
Contohnya, 'Near Field Communications' ataupun NFC kini menjadi kegilaan pengeluar produk Android untuk di dimasukkan sebagai sebahagian daripada ciri-ciri unik produk mereka. Samsung, HTC, Sony dan sebagainya telah menjadikan NFC sebagai tarikan utama produk terbaru mereka. Selain daripada itu, pengeluar kini suka menggunakan skrin-skrin bersaiz besar untuk telefon pintar mereka, dan juga skrin 10 inci untuk produk tablet mereka. Dengan skrin yang besar lebih banyak boleh dilakukan, dan juga memain-balik video menjadi lebih seronok - yelah, skrin besar kan?
Apple masih kekal dengan skrin bersaiz 3.5 inci, yang diperkenalkan di model iPhone mereka yang pertama. Walaupun badannya kini diperbuat dengan gelas, iPhone masih tampak seperti iPhone, dan bagi sesetengah orang, rekabentuk ini sudah lapuk.
Kuasa
Dari segi kuasa, tidak boleh dinafikan kedua-dua platform ini mempunyai kekuatan yang hampir sama. Kalau diikutkan kuasa pengkomputeran yang kini berada di dalam poket anda sudah melebihi apa yang boleh dibayangkan berbanding 5-10 tahun yang lalu. Perbandingan yang amat memeranjatkan - komputer yang membawa angkasawan ke bulan pada tahun 70an mempunyai kuasa pengkomputeran yang sama dengan kalkulator saintifik yang kita gunakan di dalam kelas Matematik Tambahan.
Prosesor A4/A5 di dalam produk Apple dan juga prosesor yang digunakan di dalam produk yang menggunakan Android mempunyai kuasa pengkomputeran yang tinggi - lebih berkuasa daripada komputer riba ataupun desktop dari 10 tahun yang lepas. Jadi anda membawanya dalam poket anda bagi pelbagai kegunaan - dari memain balik video ke main balik muzik, dari permainan video 3D ke model 3D untuk kerja anda, sehinggalah menjadi penolong peribadi anda, mengingatkan anda tentang mesyuarat ataupun temu janji penting anda.

iPhone cuma sekadar ingin 'Show Off'?????

Saya sudah muak melihat student/orang sekarang guna iPhone cuma sekadar ingin 'Show Off' & sanggup menghabiskan duit PTPTN semata-mata untuk membeli iPhone 6.
Ini bukan luahan perasaan tetapi mesej yang saya ingin sampaikan kepada semua 'pengguna bodoh' iPhone bahawa iPhone ialah smartphone yang hebat. Kamu terlalu bermegah-megah dengan iPhone kamu bukan kerana ianya canggih tetapi kerana ianya smarphone termahal dipasaran & semua orang pandang tinggi & anggap kamu kaya.
Dengar sini elok-elok segelintir 'Pengguna Bodoh' iPhone, kamu itu sebenarnya hanya orang bodoh yang menggunakan telefon pintar. iPhone sebenarnya jauh lebih canggih yang selama ini kamu hanya anggap ianya sekadar 'Luxury Item'.
Mengapa iPhone hebat ? (^_^)'
iPhone tidak menarik perhatian orang ramai dengan specifikasi yang terlalu tinggi & tidak efisyen. Hanya orang bodoh akan tertarik dengan specifikasi smartphone yang terlalu tinggi tetapi tidak releven & efisyen.
Sebagai contohnya camera iPhone 6 hanya 8megapixel tetapi quality gambarnya jauh lebih cantik berbanding camera 13/16megapixel smartphone samsung, sony, lenovo, oppo & lain-lain. Processor iphone cuma 2 core tetapi kelajuannya berjaya mengalahkan smartphone yang lain walaupun smartphone lain menggunakan processor 8 core (4x lebih laju). iPhone hampir tidak pernah hang & sangat smooth jika kamu perasan laaa...
Ini semua kerana iphone menggunakan operating system iOS (dicipta Steve Job) jauh lebih maju daripada smartphone lain yang semuanya hanya menggunakan operating system android
Sesiapa yang banyak mengkaji pasal komputer mesti tahu yang lebih 75% performance smartphone/laptop bergantung pada software (operating system) manakala hardware hanya mempengaruhi sedikit sahaja dari segi performance. pakai la smartphone yg ade 8 (octacore) sekali pun masih tidak dapat menandingi iOS iphone yang hanya 2 core
Sebagai pengguna iPhone yang mengguna iPhone kerana kecanggihannya, kami sebenarnya amat benci kepada segelintir 'Pengguna Bodoh' iPhone seperti kamu yang membeli iPhone kerana ingin 'Show Off'. Disebabkan kamu, habis semua pengguna iPhone dilabel berlagak & mengguna iPhone hanya untuk 'Show Off' padahal kami menggunakanya kerana kecanggihannya.

Sumber FB Faiz Anuar

Jangan Baca Jika Anda Ingin Merosakkan Bateri Laptop Anda (^_^)


Tips- tips menjaga bateri
1. Jika bateri anda baru - Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya bila pertama kali anda menggunakannya.
2. Kemudian, TANPA ‘on’ laptop, cas bateri tersebut selama lapan 8 jam. Jika ‘indicator’ di laptop sudah menunjukkan bateri penuh, teruskan juga cas sehingga lapan 8 jam. Ingat, jangan sesekali ‘on’ laptop pada masa ini!
3. Selepas lapan 8 jam, cabut adapter charger dari laptop, dan dengan HANYA menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis. Ini akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri tersebut.
4. Selepas ini, anda boleh mengecas bateri seperti biasa iaitu sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh

Tabiat yang perlu dielakkan
1. Elakkan dari selalu mengecas bateri - Setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300 ke 500 pusingan cas. Cabut charger, gunakan kuasa bateri dan kemudian gunakan charger balik adalah satu pusingan. Anda dinasihatkan jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya. Tinggalkan sekurang- kurang 5% dari kuasa yang ada. Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri selama satu jam kemudian cas balik penuh (ini dikira satu pusingan).
2. Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan cas. Kemudian cas semula. Ini akan membantu mengembalikan kuasa optimum bateri.
3. Sekiranya anda merancang tidak menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu. Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh, bateri akan bengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa lagi. Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung, dikhuatiri bateri tidak boleh dicas semula.
4. Elakkan kepanasan - Kepanasan boleh mengurangkan kapasiti menyimpan kuasa bateri. Jangan guna laptop di permukaan yang memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain. Gunakan notebook cooling pad dan pastikan permukaan yang anda gunakan tidak mempunyai habuk.
5. Elakkan terlebih cas (overcharging) - Overcharging akan menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Cabut charger bila ‘indicator’ sudah menunjukkan bateri penuh.

Saturday, March 22, 2014

Aku yang dulu



Jenguk-jenguk balik blog lama aku ni, membuat aku teringat kisah2 lama. Zaman bila mana nak mula menulis, mula mengeluarkan idea dan pandangan, dll.

Blog ini memberi satu penilaian kepadaku untuk mengetahui sejauh mana pemikiranku. Oh, masih cetek lgi ilmuku.

Ok sekadar singgah, teruskan berjuang

Bukhari
Miri

Sunday, December 9, 2012

Kembali menghidupkan diri

Asslmualaikum

skedar respon mana yang perlu, yang pasti hidup kena berjuang

Hancurkan toghut dan izzahkan Islam