Friday, June 19, 2009

RUKUN AGAMA??




asslaamualaikumm...

mmang da lama tak menulis blog nie.banyak amanah yang dapat wat masa ni..ni pun curi-curi menaip..haha.saje nak release tension.
merujuk kepada tajuk kt atas tu,memang kita patut mengetahui rukun ni.pernah dengar tak?hohoh..sebenarnya rukun ni memang kita semua tahu,cuma kita tak pernah ambil cakna dan hayati..ni semua pasal serangan pemikiran dari dakyah yahudi dari musuh-musuh Allah ni..


Apa yang dikatakan rukun agama itu??rukun ni saya dapat sewaktu mendengar kuliah magrib kat satu surau di putrajaya(presint 8 x silap,pergi jalan-jalan rumah abang),ada sorang ustaz yang fakih dalam bab agama.ia mengingatkan kita supaya KITA WAJIB MENGETAHUI RUKUN NI,DAN SENTIASA IMPLEMENTASIKAN DALAM KEHIDUPAN KITA SEBAGAI MUSLIM,iaitu:

RUKUN ISLAM
RUKUN IMAN
RUKUN EHSAN



mari kita selami sirah rasulullah saw:

Ketika Rasulullah saw sedang duduk dalam
sebuah masjid bersama sahanbat-sahabat maka datanglah seorang lelaki
dan bertanya kepada
baginda.Sahabat-shabat kehairanan kerana tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ini

"Wahai Muhammad katakanlah
kepadaku tentang Islam maka

Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud :-

“Islam ialah engkau menyaksikan bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah, dan sesungguhnya Nabi
Muhammad Pesuruh Allah dan engkau mendirikan
sembahyang dan menunaikan zakat serta
berpuasa pada bulan Ramadhan dan
mengerjakan Haji di Baitullah bagi yang mampu.

"Benar apa yang engkau kata. Beritahu aku
tentang Iman,"

Rasulullah saw menjawab
Maksudnya : Iman ialah percaya kepada Allah dan
Malaikat-MalaikatNya dan Kitab-KitabNya dan
Rasul-RasulNya dan hari akhirat dan engkau
percaya kepada takdir (yang ditentukan oleh Allah)
baik dan buruk.

"Benar apa yang engkau kata. Beritahu aku
tentang ihsan,"

Rasulullah saw menjawab:
"ihsan ialah mengakui bahawa engkau menyembah Allah
seakan-akan engkau melihatnya, maka jika
engkau tidak melihatnya sesungguhnya Allah
melihat engkau”.


Selepas bertanyakan beberapa soalan, lelaki itupun beredar dan hilang dalam pandangan,sahabat-sahabat terus bertanya kepada Rasulullah,
"Ya Rasulullah,siapakah lelaki itu?"

Rasulullahpun menjawab,"Dialah malaikat Jibrail."

hurmmm..memang jelas kita wajib mngetahui 3 rukun ini dan disematkan dalam sanubari
kita sebagai muslim sejati.ingat islam iman ehsan.saya akhiri kalam saya ngan satu persoalan buat pembaca(nak gi sambung wat kerja)

"adakah aku ini islam ataupun ISLAM?"



renung-renungkanlah sahabat-sahabat=)

No comments:

Post a Comment